The powerful Online News portal

KES TULAR LAPORAN POLIS MENGENAI SALAH GUNA KUASA DAN MENGGUNAKAN KEKERASAN OLEH PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT

248

Tentera Darat Malaysia telah mengeluarkan siaran akhbar seperti berikut:-

1. Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan
salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang Pegawai Kanan Tentera Darat yang kini
bertugas di Sarawak. Laporan polis yang dibuat oleh pengadu iaitu seorang Pegawai Tentera pada

3 Mac 2024 telah tular di media sosial mendakwa pengadu telah di tampar di bahagian kiri muka
dan di tendang di bahagian perut oleh Pegawai Kanan berkenaan sehingga menyebabkan pengadu
mengalami kecederaan pada tisu lembut di atas mata dan blunt trauma. Kejadian berlaku semasa
Pegawai sedang menjalani latihan peringkat formasi.

2. TDM menegaskan organisasi ini akan menubuhkan Lembaga Siasatan peringkat dalaman
untuk mengenalpasti punca-punca kejadian bagi menilai secara profesional dan terperinci berhubung
dakwaan tersebut. Jika sekiranya terbukti terdapat salah laku dan guna kuasa seperti yang di dakwa,
pihak TDM akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan arahan Tentera Darat
sedia ada.

3. Sebagai tindakan, pegawai kanan berkenaan telah dilepaskan daripada tugas pemerintahan
bagi membolehkan Tentera Darat melaksanakan siasatan secara telus dan menyeluruh.

4. Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan
memandang serius berkenaan dakwaan ini dan akan berusaha mengenal pasti punca kejadian serta
tidak akan berkompromi terhadap pelaku jika terbukti bersalah tanpa mengira pangkat dan jawatan.

5. TDM berharap agar semua pihak tidak menularkan laporan berkenaan dan tidak
meninggalkan sebarang komen negatif yang boleh mengganggu proses siasatan sehingga selesai
dilaksanakan

You might also like