The powerful Online News portal

Yang di-Pertuan Agong Tamat Lawatan Khas Tiga Hari ke St Petersburg

155

KUALA LUMPUR, 28 Jan :  Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat pulang ke tanah air selepas mengakhiri lawatan khas selama tiga hari ke St Petersburg, Rusia, yang bermula pada 25 Jan lalu.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, pesawat khas Seri Paduka Baginda berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulkovo, St Petersburg, pada jam 4.16 petang waktu tempatan.

Lawatan khas tersebut merupakan lawatan julung kali Seri Paduka Baginda ke St Petersburg dan diadakan atas undangan khas Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Lawatan bersejarah itu mencerminkan hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan Rusia, selain membuka ruang kepada pengukuhan kerjasama dalam pelbagai bidang kepentingan bersama.

Sepanjang lawatan berkenaan, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengadakan pertemuan rasmi serta menghadiri beberapa program yang mencerminkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.

You might also like