The powerful Online News portal

Pasaran saham Malaysia catat prestasi cemerlang

176

PETALING JAYA: Pasaran saham tempatan mencatatkan prestasi cemerlang lima bulan pertama tahun ini apabila modal pasaran merekodkan lebih RM2 trilion pada 7 Mei, pencapaian yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Lapor FMT penanda aras utamanya, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turut mengukuh apabila kembali mencatatkan sesi dagangan tertinggi iaitu 1,605.68 mata pada 7 Mei, melebihi 1,600 mata dalam tempoh dua tahun.

Secara keseluruhan, indeks mencatatkan pertumbuhan tahun ke tarikh (YTD) sebanyak 10.4%, menjadikannya antara pasaran saham berprestasi terbaik di Asia.

Malaysia di tangga ketiga di belakang Tokyo (NKY) 14.2% diikuti Ho Chi Minh (VNINDEX) 10.7%. Bangkok (SET) dan Jakarta (JCI) pula masing-masing menunjukkan pertumbuhan negatif dengan -3.0 dan -2.5.

FBM KLCI terus mengukuh apabila merekodkan 1,628 mata dalam dagangan hari ini (20 Mei), menepati ramalan firma penyelidikan ekuiti.

Rakuen Trade Sdn Bhd dalam nota kajiannya melaporkan FBM KLCI boleh bergerak lebih tinggi dalam jajaran antara 1,605-1,635 mata minggu ini, sejajar dengan sentimen bertambah baik dan sokongan belian bersih daripada dana asing.

Pasaran serantau khususnya Malaysia berjaya menarik pelabur asing didorong oleh optimisme mengenai potensi pengurangan kadar faedah oleh bank pusat utama, selain minat terhadap aset pasaran membangun, dipacu saham berkaitan teknologi dan AI.

Petunjuk positif ini mencerminkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh, selain daya tahannya terhadap ketidaktentuan ekonomi global.

You might also like